Thursday, 5 April 2012

Pelaksanaan Kursus Pendek

Penubuhan Kolej Komuniti adalah untuk merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam sistem pendidikan negara amnya dan pengajian tinggi khasnya. Disamping menyediakan kursus sijil sepenuh masa, Kolej Komuniti juga menawarkan kursus jangka pendek yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.


Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca dan menulis

Yuran Pendaftaran


<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
<>
JAM
CAJ DIKENAKAN (RM )
1 HINGGA 5
5
6 HINGGA 10
10
11 HINGGA 15
15
16 HINGGA 20
20
MAX 30
20


Pelaksanaan
  • Tempoh masa kursus    - kurang daripada 6 bulan
  • Tempat kursus    - kolej komuniti atau di luar komuniti
  • Waktu kursus   - waktu pejabat atau diluar waktu pejabat
  • Alatan kursus   - samada peralatan KK atau disewa dari pihak luar
  • Pengiktirafan   - Sijil Kehadiran atau Sijil Modul
  • Tenaga Pengajar - Pensyarah Kolej Komuniti, Pensyarah Jemputan ( dibayar oleh kerajaan) termasuk pihak industri dan golongan profesional dalam bidang berkaitan.

Tempoh
  • Tempoh bagi kursus bergantung kepada modul/ sukatan yang dirancangkan.

Tempat
  • Bagi tujuan memudahkan para peserta menghadiri kursus yang dipohon, Kolej Komuniti Bandar Penawar mengambil langkah positif untuk melaksanakan kursus pendek samada di kolej ataupun di lokasi yang sesuai berdekatan dengan peserta.
  • Perkhidmatan pengangkutan terutamanya kepada penyertaan secara pakej/ kumpulan boleh dipertimbangkan.
Penganugerahan Sijil Penyertaan.
  • Sijil Penyertaan akan dikeluarkan kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan setiuap Modul Kursus Pendek yang diikuti sekiranya mencapai kehadiran 80% daripada tempoh modul tersebut.
Bilangan Peserta
  • Bilangan peserta bergantung kepada jenis kursus serta peralatan yang digunakan dan ruang tempat kursus.